Wednesday 30 November 2011



14.3.1991 - KELANTAN ANAK TIRIKAN FARIDAH MAT SAMAN
Kota Bharu, Rabu : Johan qariah ujian tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang paling lama, berkata walaupun berjaya dalam ujian itu tahun ini, tetapi ia tidak begitu bermakna kerana seolah-olah dianak tirikan oleh Kerajaan Kelantan.

30.4.1991 - PERLANTIKAN TIDAK BERCANGGAH
Baling, Isnin : Menteri Besar kelantan berkata perlantikan Ketua Dewan Muslimat Pas, Hajah Kalsom Othman sebagai Senator tidak bercanggah dengan kehendak Islam. "Tidak salah dalam Islam bagi wanita yang memegang jawatan dalam parti serta menjadi wakil kepada rakyat."

29.6.1991 - PAS HARAM WANITA MAIN MAKYONG.
Kota Bharu, Jumaat : Kerajaan Kelantan pimpinan Pas mengharamkan wanita Islam berumur 15 tahum membabitkan diri dengan semua kegiatan seni dan pertunjukkan kebudayaan termasuk Makyong dan drama pentas. Menteri Besar juga memberi amaran akan mengharamkan pertunjukan Dikir Barat, jika mereka terbabit menampilkan wanita sebagai penyanyi dan menggunakan perkataan lucah dalam persembahan mereka.

LARANGAN PAKAI GINCU MELAMPAU.
Kota Bharu: Datuk Nik Aziz melarang kakitangan wanita bersolek termasuk memakai gincu bibir. (Utusan Malaysia 12.8.1996)

20.7.1999 - KELANTAN AMNIL PEKERJA WANITA KURANG RUPAWAN.
Kota Bharu, Isnin: Wamita yang tergolong dalam kategori 'rupawan' mungkin terpaksa berfikir dua kali sebelum memohon untuk bekerja di Kerajaan Negeri Kelantan pada masa akan datang. Ini berikutan Nik Aziz membayangkan kemungkinan mangambil wanita kurang rupawan sebagai kakitangan kerjaan selaras dasar terus memberi wanita bekerja.

17.3.1999 - PAS KAJI LARANG WANITA BEKERJA
Kota Bharu, Selasa : Kerajaan Pas Kelantan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Nik Aziz berkata tidak adil membiarkan wanita bekerja kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggug kehidupan keluarga.

21.7.1999 - WANITA RUPAWAN SENANG DAPAT SUAMI KAYA.
Kota Bharu, Selasa : Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Oleh itu, katanya jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan masalah kepada mereka.

18.2.2000 - KELANTAN KAJI LANTIK PEGAWAI WANITA PENCEGAH MAKSIAT
Kota Bharu, Khamis: Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan untuk melantik pegawai pencegah maksiat wanita yang bertanggungjawab menangkap dan mengintip kes jenayah syariah, termasuk kes maksiat membabitkan wanita.

26.5.2001 - NIK AZIZ BENARKAN WANITA SERTAI TILAWAH AL-QURAN
Kota Bharu, Jumaat : Nik Aziz berkata Kelantan akan membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran mulai tahun depan tetapi terhad kepada tilawah anjuran kerajaan negeri sahaja. "Ini kerana tilawahyang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri tidak mengambil kira lagu dan kemerduan suara seseorang qariah".
Anda mampu ubah dan pasti ubah...  




TQGELOMBANG KICK !!











AAKJ.COM: NIK AZIZ MENGHINA WANITA SEPERTI BESI BURUK ?!! PE...

AAKJ.COM: NIK AZIZ MENGHINA WANITA SEPERTI BESI BURUK ?!! PE...: 14.3.1991 - KELANTAN ANAK TIRIKAN FARIDAH MAT SAMAN Kota Bharu, Rabu : Johan qariah ujian tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang pal...

Sunday 27 November 2011


TOKONG OH TOKONG

Dinegeri Kelantan yang konon nya SERAMBI MEKAH...terdapat byk tokong tokong didirikan malah boleh dikatakan menjadi satu trademark untuk negeri ini...

Bermacam macam jenis tokong yang terdapat dinegeri Kelantan....ada yang berdiri,bersila dan ada juga yang tidur...adakah ini yang yang sepatut nya wujud disebuah negeri yang dipimpin oleh kepimpinan yang konon nya berjuang atas dasar ISLAM???

Jangan hanya melaungkan dasar kepimpinan berteraskan agama,tetapi bila melaksanakan nya...tidak langsung mengikut teras dan laluan yang dilaungkan itu...

Patut kah hal yang seperti ini berlaku disebuah negeri yang dipimpin oleh kepimpinan yang mengamalkan POLITIK AGAMA???sesuaikah dengan apa yang mereka perjuangkan?adakah diatas landasan yang betul?



Ihsan gambar:Tok Mudin

Thursday 24 November 2011

AGAMA DAN POLITIK TIDAK BERCAMPUR

TAK RETI BAHASA

AGAMA dan POLITIK tidak boleh dicampur aduk kan...masih ramai yang TAK RETI BAHASA yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan parti mereka...

Kenapa mereka menggunakan agama untuk meraih undi???
Ini adalah kerana,mereka tidak mempunyai apa apa kelebihan dan tidak mempunyai kebaikan dalam memperjuangkan politik kotor mereka...

Mereka hanya pandai menabur janji dan memfitnah pihak lain dalam perjuangan mereka...perjuangan mereka adalah perjuangan yang kotor,walaupun mereka mengatakan mereka berjuang kerana islam...itu hanyalah dipermukaan,tetapi pada dasarnya...mereka berjuang hanya untuk kesenangan mereka...
 
Saya sendiri sedar akan hal ini dan juga nampak perjuangan jenis apa yang sedang dilaungkan...disekeliling rakyat KELANTAN,kami sentiasa "disemai"oleh taburan janji palsu dan kata fitnah dari pihak pejuang POLITIK AGAMA TAK RETI BAHASA ini...

Adakah ini jalan yang patut kita halakan pada anak cucu kita dimasa hadapan?Adakah ini contoh yang kita akan kita jadikan sebagai panduan pada anak cucu kita?

Perjuangan kotor dan kepimpinan yang SYOK SENDIRI...pemimpin yang TAK RETI BAHASA ini kah yang harus kita undi?yang harus kita pertahan kan?

Kita sendiri pernah dengar cara pemimpin yang konon berstatus "ULAMAK" bercakap,mengutuk,mencarut
dan menghina insan lain yang bernama manusia....adakah hal itu patut dilakukan dan diluahkan dari bibir seorang pemimpin yang konon nya berjuang demi AGAMA?

Kita diberi pilihan dan pilihan itu terletak ditangan kita sendiri...setiap kali kita memilih pilihan itu,kita patut pastikan pilihan yang kita pilih itu adalah pilihan yang tepat...adakah wajar soal agam dicampur aduk kan dalam hal politik...

Saya akui dan saya tidak berpendapat ianya berdosa...namun demi menjaga dan menghormati AGAMA ISLAM yang SUCI,hal ini tidak patut terjadi...

Sama sama kita renungkan dan perhatikan setiap baris kata dari 2 penceramah ini...sekian...

Monday 21 November 2011

BILA SUDAH NYANYUK,MACAM MACAM BOLEH JADI...

NYANYUK


Adakah orang tua yang bercakap ni sudah nyanyuk ataupun memang dia masih tidak kenal dengan seorang manusia yang bernama MAT SABU KAKI BALUN BINI ORANG...

"Aku nak mati dah ni"...ayat permulaan yang bagus dan menunjuk kan orang tua nyanyuk ni tahu ajal nya makin dekat,namun...dia belum sedar dan masih giat memfitnah dan banyak mengkafirkan orang...malah dia juga suka menyumpah seranah dan mendoakan bala keatas umat islam yang lain...dan orang tua ni jaga sangat gemar menghasut orang membenci sesama islam....dia juga suka mencarut...

Cuba perhatikan setiap baris kata dari orang tua ni...adakah ayat ayat yang digunakan itu sesuai dilafazkan dari bibir seorang yang mengelarkan dirinya pada darjat yang begitu tinggi sebagai "TOK GURU"???

Bagi pendapat saya,orang tua ni tidak layak dan sangat tidak sesuai kerana setiap tutur katanya berbaur fitnah dan dia suka mencarut...malah dia juga sedang menyokong perlakuan haram dan terkutuk kaum kerabat nya...

Wednesday 16 November 2011

SERAMBI MAKSIAT

~Kelantan Serambi Maksiat~
Negeri yang di kata kan negeri SERAMBI MEKAH...dan dilebel kan sebagai negeri yang di terajui oleh kerajaan yang mengamalkan politik dan agama seiring...
Kelantan mempunyai banyak kedai-kedai ARAK dan pusat-pusat KARAOKE dan juga RUMAH URUT...di kelantan juga terdapat banyak kedai-kedai dan restoran-restoran yang menjual arak...dan pusat karaoke yang dijalan kan beserta GRO yang sedia melayan penggunjungnya...
Adakah ini yang dikata kan negeri SERAMBI MEKAH??? 
Dalam keghairahan pemimpin dan para pengikut serta sekutu-sekutunya mengejar  kejayaan,mereka melupakan akan hal ini...hal ini tidak mungkin terlepas pandang kerana hal ini begitu serius dan berada didepan mata pihak yang menggelarkan meraka sebagai ULAMAK...
Layak kah meraka digelarkan sebegitu???
Layak kah gelaran yang begitu tinggi darjat nya dan mulia itu di berikan pada negeri ini???
Negeri yang terumbang ambing yang otak pemimpin nya dijajah oleh bangsa dan ajaran yg menyesatkan...